Cuti Sekolah Kembali Lagi!
Tak tahu nak isi cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti apa?
Nak cari aktiviti untuk mengalihkan perhatian anak daripada gajet?
Nak pengisian yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan minda?
Nak dekatkan anak-anak dengan Rumah Allah?
Kami sediakan satu program yang menyeronokkan dan penuh ilmu kepada anda!
Kem Anakku Hebat, Soleh Solehah 2024
Kali ini di Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar
Kenapa di masjid?
Inilah cara kami mempromosi masjid kepada remaja dan memperkenalkan adab yang baik di Rumah Allah kepada anak-anak ini.
Apa pengisiannya?
Ada macam-macam aktiviti untuk anak-anak anda!
- Adab di masjid
- Fiqh Thaharah (Bersuci)
- Praktikal Solat Sempurna
- Praktikal Solat Jemaah
- Asas Kemahiran Memanah
- Asas Teknik Bela Diri
- Praktikal Solat Jenazah
- Aqil Baligh
Bukan sesi ceramah tau!
Semuanya dengan praktikal supaya anak-anak lebih mahir ibadah, asas memanah dan asas seni bela diri.
Siapa yang akan kendalikan program ini?
Aktiviti asas memanah dan asas bela diri akan dikendalikan oleh penyampai yang bertauliah.
Para fasilitator kami juga terdiri daripada mahasiswa IPT yang telah menjalani latihan untuk menyampaikan ilmu dengan menarik dan penuh adab.
Bagaimana dengan masa program?
Program ni diadakan tiga hari berturut-turut di setiap lokasi. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi setiap hari dan berakhir 5.30 petang.
Jadi, untuk ibubapa yang bekerja, boleh hantar sebelum ke pejabat dan ambil anak-anak selepas habis tugas!
Berapa yuran program ini?
Yuran program ini ialah RM120 bagi seorang.
Jadi, ajak ramai-ramai. jiran, anak saudara, famili, kawan-kawan di ofis. Semualah!
Yuran dah merangkumi :
1. Buku Aktiviti
2. Fail/beg & Alatulis
3. Tag nama
4. Latihan, kos perjalanan da n elaun fasilitator
5. Elaun urusetia program
6. Alatan aktiviti
7. Saguhati penyampai modul
8. Saguhati untuk masjid
9. Makan minum (Sarapan, makan tengahari & minum petang untuk dua hari)
10. Sijil penyertaan
Daftar cepat kerana tempat terhad bagi setiap lokasi mengikut kapasiti masjid dan tenaga yang mampu kami sediakan.
Lokasi Kem Anakku Hebat, Soleh Solehah 2024 :
Alor Setar : Masjid Rafeah Taman Uda (28 & 29 Februari 2024)